Apa itu HELWANI?
***
Assalamualaikum w.b.t..
Ramai yang masih tertanya-tanya apa itu HELWANI.. apakah peranan HELWANI?.. Apa kaitan persatuan ini dengan persatuan MPMM Medan.. InshaAllah semua persoalan yang berkaitan dengan HELWANI akan terjawab disini.. :)
Lajnah Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANII) merupakan satu lajnah baru yang ditubuhkan dibawah naungan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Medan pada tahun 2013/14. HELWANI merupakan sebuah organisasi dibawah pengelolaan MPMM IAIN MEDAN dimana presiden MPMM IAIN MEDAN saudara Burhanuddin Rabbani Bin Sufian Sauri sebagai penasihat... HELWANI merupakan pertubuhan organisasi bagi muslimat. Tujuan utama penubuhan HELWANI adalah untuk melatih Muslimat di Medan khususnya untuk mengurus sebuah organisasi dan mengadakan pengisian bagi kemanfaatan pelajar muslimat di IAIN Medan ini sendiri. Disamping itu juga, dengan tertubuhnya Helwani dapat mengeratkan ukhwah sesama muslimat dan menjaga kebajikan pelajar muslimat khususnya. Sebarang saranan , komentar yang membangun amat diperlukan bagi memantapkan lagi pergerakan HELWANI.
Tujuan penubuhan persatuan ini juga adalah bertujuan untuk berfungsi sebagai pemberi ingat tentang peranan asas wanita. Sebagai gerakkan pelajar, Fokus pertama yang Helwani tumpukan adalah muslimah yang kian meningkat dewasa. Namun tidak mengabaikan masyarakat wanita amnya.
*************
BERKENALAN DENGAN AHLI-AHLI HELWANI
Berikut merupakan carta organisasi unit HELWANI MPMM MEDAN 2013/2014
PENGERUSI HELWANI
Nur Liyana Bt Ahmad
TIMBALAN PENGERUSI HELWANI
Nurul Hamizah Bt Topan
SETIAUSAHA
Nurul Itifaqiah Bt Abdul Nazir
BENDAHARI
Izzatul Akmal Bt Hamzah
UNIT AKADEMIK/ INFORMASI/PENERBITAN
Siti Nur Fitrah Bt Talib
UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
Nurshamiza Bt Hussin
UNIT KEBAJIKAN/KESELAMATAN/KEDIAMAN
Khairul Khuzaimah Bt Ibrahim
UNIT REHLAH/KESENIAN DAN SUKAN
Ummul Hasyimah Bt Jusoh.
Wahai Helwani.. Atur langkahmu satu persatu. Dekati ahli yang masih remaja dalam hidup ini. Kerana jerat itu banyak sekali. Mungkin jerat kewangan, mungkin jerat keseronokkan. Mungkin jerat kejahilan dan mungkin jerat percintaan. Moga terbit dari helwani wanita,wanita yang hidup penuh mulia dan bermaruah tinggi seperti Masyitah, Siti Sarah, Khadijah, Sumayyah dan Aishah. Moga hidup bangga seperti wanita wanita Palestin yang merelakan anak anak mereka syahid. Islam mengangkat martabat wanita. Berbanggalah sebagai wanita solehah!
Tribute by : Lajnah Penerangan &Perhubungan MPMM 2013/2014
0 comments:
Post a Comment