Assalamualaikm Wbt. Kpd adik2 yang sedang/bakal melanjutkan pengajian di universitas Indonesia khususnya Aceh dan Medan, ada beberapa maklumat yang anda wajib tahu untu mendapatka kelulusan JPA:

1) PNGK (di Indonesia disebut IPK) WAJIB 3.0 KE ATAS. Jangan risau jika result anda di tempat pengajian sebelumnya rendah kerana anda masih berpeluang untuk memperbaikinya dengan mengulang subjek.

2) Pastikan tempoh pengajian TIDAK KURANG DARI 365 HARI. Hari dikira dari tarikh anda menjejaki Indonesia sehingga TARIKH IJAZAH dikeluarkan, tolak bilangan hari pulang ke Malaysia.

3) Jika anda tergolong dari kelompok transfer kredit (KIPSAS etc) atau program 3+1 (KIAS etc), sila pastikan program tersebut sah dalam rekod MQA.

4) Untuk memudahkan urusan akhir anda di JPA, sila bawa IC, Diploma, Transkrip Diploma, Ijazah, Transkrip Ijazah, Pasport, dan Visa berserta kesemua salinan. Urusan boleh siap dalam sehari. JPA akan mengeluarkan surat sokongan/ pengesahan sijil itu.

Oleh itu, rancanglah dengan sebaik-baik perancangan khususnya nilai IPK, tempoh pengajian, tempoh bercuti dll. Semoga info ini benar-benar memberi manfaat. Wallahualam.


Bagi yang sedang/bakal melanjutkan pengajian,,anda boleh check untuk maklumat p'iktirafan & kelulusan JPA di,,http://pengiktirafan.jpa.gov.my/


"Kukuhkan Tarbiyyah Semarakkan Islah"