Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.
(Abu Darda')



Jemputan ke Pengajian Saidatina Aisyah yang disampaikan oleh Ust Hamzah Bin Abdullah


Mahasiswi yang hadir dan yang memberi kerjasama dalam menjayakan program tersebut. Syukran!!

Imam syafi'e berkata : Orang yg tidak pernah merasai kepahitan meneguk ilmu, hidupnya akan di cengkam kejahilan, orang yg tersingkir dari pendidikan semasa muda, hidupnya seumpama sekujur jenazah.. renung2kan...:-D


Pepatah arab pula mengatakan..Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...

Saidina Ali karramallahuwajhah pula ialah tempat gedung ilmu..selamat menuntut ilmu dalam perjuangan agama Allah...

"Siapa mahu mencari mutiara, haruslah berani selam ke dalam laut yang sedalam-dalamnya, siapa yang hatinya kecil berdiri di pinggir sahaja dan takut akan terjun ke dalam air, ia tak akan dapat sesuatu apa!" ==Mahatma Ghandi==

Lukmanul Hakim berkata kepada anaknya : wahai anakku! tuntutlah ilmu, apabila kamu fakir, ilmu akan menjadi harta bagimu, dan apabila kamu kaya, ilmu akan menjadi hiasan bagimu...


Ketahuilah wahai sahabat sekalian...sesungguhnya sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah dan sebaik-baik teman yang paling akrab ialah buku. Dan ingatlah!!! utk mendapatkan title soleh & solehah bukan mudah, ia memerlukan perjuangan yang jitu, kesabaran yang tinggi. iman & takwa yg mantap dan kental..sebab itulah ganjarannya adalah SYURGA ALLAH...

Ilmu adalah kemuliaan yang tiada tolak bandingnya, adab adalah harta yg tidak di bimbangi (kehilangannya)


SABTU| 18 SAFAR 1435 H |21 DISEMBER 2013
ANJURAN LAJNAH SUKAN, REKREASI DAN KESENIA HELWANI MPMM 2013/14
JALAN KRAKATAU NO 159-161


[MUSLIMAT FUTSAL CHAMPIONSHIP]



Alhamdulillah...
MFC berjaya dilaksanakan pada 21 Dis 2013 yang lepas. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada siswi yang bersemangat dan optimis untuk penyertai program ini. 
"Didikan" ada dimana-mana~

Tujuan :

* Mahasiswi dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan saling mengenal antara satu sama lain
* Dapat menyihatkan tubuh badan
* Mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan waktu belajar
* Mahasiswi dapat mengisi waktu lapang yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat

Tema :

"KEMENANGAN DIREMBAT UKHUWAH DIRIBAT"

Objektif :

Melahirkan Mahasiswi IAIN & USU yang berbadan sihat dan aktif
Menjadi sarana silaturrahim mahasiswi IAIN & USU
Pengisian Jasmani kepada mahasiswi IAIN & USU
Sebagai wadah bagi mahasiswi penggemar futsal serta dalam rangka mengenal potensi mahasiswi

.:: Inspiring Woman Empowering Ummah ::.









Kami daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Medan mengucapkan " tahniah!..Moga Helwanii terus maju menginspirasikan wanita 


Apa itu HELWANI?

***



Assalamualaikum w.b.t.. 

Ramai yang masih tertanya-tanya apa itu HELWANI.. apakah peranan HELWANI?.. Apa kaitan persatuan ini dengan persatuan MPMM Medan.. InshaAllah semua persoalan yang berkaitan dengan HELWANI akan terjawab disini.. :)

Lajnah Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANII) merupakan satu lajnah baru yang ditubuhkan dibawah naungan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Medan pada tahun 2013/14. HELWANI merupakan sebuah organisasi dibawah pengelolaan MPMM IAIN MEDAN dimana presiden MPMM IAIN MEDAN saudara Burhanuddin Rabbani Bin Sufian Sauri sebagai penasihat... HELWANI merupakan pertubuhan organisasi bagi muslimat. Tujuan utama penubuhan HELWANI adalah untuk melatih Muslimat di Medan khususnya untuk mengurus sebuah organisasi dan mengadakan pengisian bagi kemanfaatan pelajar muslimat di IAIN Medan ini sendiri. Disamping itu juga, dengan tertubuhnya Helwani dapat mengeratkan ukhwah sesama muslimat dan menjaga kebajikan pelajar muslimat khususnya. Sebarang saranan , komentar yang membangun amat diperlukan bagi memantapkan lagi pergerakan HELWANI.

Tujuan penubuhan persatuan ini juga adalah bertujuan untuk berfungsi sebagai pemberi ingat tentang peranan asas wanita. Sebagai gerakkan pelajar, Fokus pertama yang Helwani tumpukan adalah muslimah yang kian meningkat dewasa. Namun tidak mengabaikan masyarakat wanita amnya. 

                                                             *************

BERKENALAN DENGAN AHLI-AHLI HELWANI 

                        Berikut merupakan carta organisasi unit HELWANI MPMM MEDAN 2013/2014

                                                          PENGERUSI HELWANI

                                                             Nur Liyana Bt Ahmad


                                                  TIMBALAN PENGERUSI HELWANI
                                                     
                                                            Nurul Hamizah Bt Topan 


                                                               SETIAUSAHA

                                                       Nurul Itifaqiah Bt Abdul Nazir 


                                                                BENDAHARI
                                                     
                                                         Izzatul Akmal Bt Hamzah 


                                         UNIT AKADEMIK/ INFORMASI/PENERBITAN
                                                 
                                                             Siti Nur Fitrah Bt Talib


                                         UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
                                                         
                                                             Nurshamiza Bt Hussin 

                                         UNIT KEBAJIKAN/KESELAMATAN/KEDIAMAN

                                                Khairul Khuzaimah Bt Ibrahim

                                                   UNIT REHLAH/KESENIAN DAN SUKAN

                                                   Ummul Hasyimah Bt Jusoh.

Wahai Helwani.. Atur langkahmu satu persatu. Dekati ahli yang masih remaja dalam hidup ini. Kerana jerat itu banyak sekali. Mungkin jerat kewangan, mungkin jerat keseronokkan. Mungkin jerat kejahilan dan mungkin jerat percintaan. Moga terbit dari helwani wanita,wanita yang hidup penuh mulia dan bermaruah tinggi seperti Masyitah, Siti Sarah, Khadijah, Sumayyah dan Aishah. Moga hidup bangga seperti wanita wanita Palestin yang merelakan anak anak mereka syahid. Islam mengangkat martabat wanita. Berbanggalah sebagai wanita solehah!

Tribute by : Lajnah Penerangan &Perhubungan MPMM 2013/2014


Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Firman Allah swt :


يدَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ الْحِسَابِ

Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)

Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).

Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW, tindakan utama yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah sebagai pengganti Rasulullah SAW.

******

 PENGERTIAN KEPIMPINAN


Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia,pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya kearah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Hakikatnya kepimpinan dalam islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan prosses pembersihan sesebuah organisasi. Sebagaimana firman Allah swt :


فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِى أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً

Bermaksud, “maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”( Surah an-Nisaa’ ayat 65.)


Nabi s.a.w. memerintahkan kepimpinan walau di dalam kumpulan yang sedikit jumlahnya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. 


عَنْ ‏أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏قَالَ‏إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم

Maksudnya, “ jika tiga orang keluar dalam satu perjalanan, maka hendaklah mereka memilih salah satu diantaranya sebagai pemimpin. (HR.Abu Daud).


AKHLAK DAN SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN

Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat di hati mereka adalah asas penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis dan semua unsur luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka islam telah menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan. 

Antaranya :

1.      Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan.

2.      Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.

3.      Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.

4.      Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.

5.      Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).

6.      Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.

7.      Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.

8.      Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

9.      Mempunyai sifat sabar yang tinggi

10.  Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).

11.  Warak dan zuhud

12.  Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.

13.  Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).

14.  Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.

15.  Keazaman, tawakal dan tidak ragu.

16.  Bersederhana di dalam segala perkara

17.  Menjauhi sikap putus asa

Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya, disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.


KENALI SIAPA PEMIMPIM MPMM 2013./14 YANG DIAMANAHKAN OLEH ALLAH S.W.T







Saidina Umar RA berkata: "Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam, maka sesiapa yang mencari selain daripada Islam, Allah akan memberi kehinaan kepadanya."

Mauqaqis Gabenor Mesir mengakui kehebatan kepimpinan Islam apabila melihat keperibadian tentera Amru bin Al Ash yang diutus kepadanya : " Demi Tuhan, kalau demikian sikap mereka, walaupun gunung menghalang cita-cita, namun mereka tetap dapat meruntuhkannya juga. Sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang sanggup berhadapan dengan kaum yang sedemikian."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pemimpin yang paling baik ialah mereka yang datang menemui para Ulama` dan Ulama` yang paling jahat ialah mereka yang datang menemui para Pemimpin (ulama`pengampu pimpinan)." (maksud hadis)

*** Kami Perwakilan Mahasiswa Medan Malaysia sentiasa mendoakan dan mendukung saudara Burhanuddin Rabbani agar terus tabah dalam meneruskan dakwah dan menjadi seorang bakal Da'ie yang berjaya membawa nama Islam dengan sebuah keberkatan..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah buletin / Risalah yang telah siap sepenuhnya di bawah Lajnah Dakwah & Kepimpinan.Semoga apa yang hendak kami sampaikan,, moga mendatangkan kebaikkan untuk semua pihak.


"Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja, dan yang berat adalah menerima nasihat tersebut. Kerana setiap nasihat itu, dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya."... [ Imam Al-Ghazali ]

BULETIN PERTAMA
                                                            MEI 2013                                                                          


Buletin kali pertama yang di cetak oleh Lajnah Dakwah & Kepimipinan adalah menceritakan tentang Peristiwa Isra' Mikraj. Ini bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.

***************

BULETIN KALI KE -2


Kami Manusia yang jauh dari bumi Syria.. tiap hari,, tiap detik kita mendengar,,melihat di kaca media tentang detik cemas yang sentiasa dihadapi oleh saudara seIslam. Senjata yang kita ada untuk membantu hanya lah doa' ..

Kami Bersama Mu Wahai Saudara SeIslam..

walau jauh dimata namun dekat dihati,hasil tarbiyyah demi tarbiyyah kini kami merasakan yang hidup kerana Allah itu lebih indah,dan syahid itu impian tertinggi kami,,,Free SPM,(syria,palestine,mesir,).......

***********

BULETIN KALI KE-3


**********

BULETIN KALI KE -4



لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٍ آتَاهُ اللهُ مَـالاً فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ ،

وَرَجُلٍ آتَـاهُ اللهُ عِلْمًا فَهُوَ يَعْمَلُ بِهِ وَيُعَلِّمُهُ النَّـاسَ ( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

“Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain.”

*************

BULETIN KALI KE-5


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

**********

BULETIN KALI KE -6


Kenali Pemuda Bernama Ahmad Ammar

Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Subhanallah... berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda Allahyarham.....

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Selamat Tinggal Ahmad Ammar..
Pemergianmu dengan membawa tunggak Islam kepada Pemuda & Pemudi Islam pada zaman kini




Assalamualaikum w.b.t..


Peranan Lajnah atau Biro dalam suatu organisasi memberi kesan yang besar terhadap perkembangan organisasi yang dibina. Kita mengetahui bahawa pembinaan lajnah dalam organisasi adalah untuk memudahkan gerak kerja organisasi dan membahagikan tugas dengan lebih berkesan. Allah menyatakan tentang kaedah dan perancangan perjuangan Islam melalui ayat al-Quran:



Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (al-saff,4).




Lajnah Dakwah memainkan peranan yang paling besar dalam membantu Mahasiswa dan pejuang-pejuang Islam supaya terus kehadapan dan sentiasa yakin berada dalam perjuangan. Lajnah Dakwah perlu bertindak melaksanakan agenda dakwah dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk memastikan Islam tersebar dikalangan Mahasiswa. Setiap agenda dan program yang diadakan mesti mempunyai halatuju dan matlamat dan mesti dinilai kembali kejayaan sesuatu program.  

Cabaran dakwah dan perjuangan juga sangat sengit. Perjuangannya memerlukan pengorbanan. Tidak cukup dengan hanya merasa selesa sekadar dapat berucap selama beberapa minit atau beberap ajam seminggu, kemudiannya mendabik dada bahawa 'aku sedang berjuangan dan berdakwah' sedangkan masih banyak gejala kejahilan umat bermaharajalela di luar sana. Sekiranya cukup sekadar itu sudah dapat dikira sebagai sebuah perjuangan maka apalah manisnya perjuangan itu? Apalah maknanya pula nilai suatu kemenangan?

Seorang pejuang merasai derita rakyat dan umat. Mengangkat manusia kepada rasa berTuhan dan yakin dengan segala janji Allah. Menggantikan kebobrokan manusia dengan kebajatan aqidah dan agama-agama kepada adilnya Islam, menunjukkan jalan keluasan Islam yang melangkaui alam duniawi dan ukhrawi. Inilah intipati seorang pejuang yang ikhlas dan jujur. Sebagaimana kata-kata Rib'e bin Amir kepada panglima tentera Paris apabila ditanya tentang kedatangan tentera Islam untuk menyerang Parsi, maka jawab Rib'ie dalam satu ungkapan yang rigkas, tetapi padat dengan makna dan hikmah yang memukau: "Kami diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari penyembahan sesama makhluk kepad apenyembahan kepada Allah yang Esa, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."
kata-kata Imam al-Banna dalam satu ucapannya bersama penyokongnya bahawa kewajipan yang kita ada lebih bayak dari masa yang kita punyai. Tatkala, dunia hari ini dibelenggu dengan kejahilan dalam pelbagai perkara, tak usahlah kita mendabik dada menghitung kerja-kerja kita yang tidak seberapa. Turunlah ke medan dakwah yang sebenar, mengangkat manusia dengan ilmu dan kefahaman pada agama dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Jadilah seperti Rasulullah yang juga sebagai penceramah, pendakwa dan pejuang.
 KETUA LAJNAH DAKWAH & KEPIMPINAN


Dai'e,
Bangkitlah andai kau tersungkur dalam perjuangan,
Jangan pernah engkau mengalah,
Kerna kau khalifah,
Tugasmu untuk memakmurkan bumi,
Tak takut dan tak getir pada sesiapa,
Kecuali kepada Allah Yang Maha Berkuasa.


Ayuh bangkit,
Semarakkan semangatmu,
Biar mati dalam perjuangan,
Menegakkan Islam agamamu,
Bukan bangsamu,
Jangan hidup dengan cara asabiyah,
Tegakkan yang benar,
Tentang yang salah.


Kau hamba Allah,
Dan kau juga dai'e,
Pabila bibir dan hatimu mencucap dan beritikad kalimah Lailahailallah Muhammad' Rasulullah,
Maka kau dai'e,
Wajib keatasmu untuk berdakwah.

Tuesday 25 June 2013

Event Pertama MPMM 2013/14

Kursus Pimpinan Organisasi (KPO)

Merupakan program pertama anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan bagi sesi 2013/14..

Program ini dianjurkan atas platform yang kursus bagi barisan kepimpinan bagi MPMM 2013/14 untuk menimba ilmu dalam usaha menerajui kepimpinan organisasi masing-masing disamping merapatkan jalinan silaturrahim sesama peserta dan pihak pengurusan.

Pengisian yang terdapat dalam kursus ini adalah :

* Merancang perlaksanaan kursus dengan sempurna dan berkesn serta profesional

* Bagi melahirkan kepimpinan mahasiswa islam yang berkualiti dan berinteletual.

* Membentuk jati diri mahasiswa melalui sesebuah organisasi

* Untuk mengeratkan ukhuwah di antara Majlis Perwakilan Malaysia dengan ahli

* Untuk melahirkan mahasiswa yang berlandaskan syariat Islam demi mencapai 
kejayaan dunia dan akhirat

Dengan ini, Kami barisan Pimpinan MPMM 2013/14 dengan Lafaz Bismillah, mengangkat "Sumpah"

Bismillahi Wabillahi WataAllahi
  
Saya berjanji akan mentaati perintah Allah dan Rasul. Melaksanakan segala perintah dan meniggalkan segala laranganya. Saya berjanji akan berusaha melaksanakan syariat Islam dalam segenap aspek hidup saya keluarga, masyarakat dan negara. Saya akan memberi ketaatan dan kesetian untuk memperjuangkan syariat Islam  berdasarkan kefahaman saya tanpa unsur paksaan serta  berusaha untuk melaksanakan semua tangungjawab yang diberikan dengan sedaya upaya saya . Saya juga berjanji akan taat kepada Pimpinan MPMM selagi tidak bercanggah dngan syariat Islam .
 
 
Allahuakbar!!3x

Semoga KPO ini memberikan sebanyak mungkin ilmu, pengalaman, pendedahan kepada nilai-nilai kepimpinan kepada para peserta untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin. Semoga barisan kepimpinan mahasiswa IAIN mengikuti KPO ini dapat memperkasakan kepimpinan mereka bagi mencapai misi dan visi universiti lantas membawa bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Akhir kalam,, "Kukuhkan Tarbiyyah Semarakkan Islah"

D/p : Lajnah Penerangan & Perhubungan MPMM 2013/14