Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Firman Allah swt :


يدَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ الْحِسَابِ

Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)

Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).

Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW, tindakan utama yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah sebagai pengganti Rasulullah SAW.

******

 PENGERTIAN KEPIMPINAN


Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia,pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya kearah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Hakikatnya kepimpinan dalam islam adalah merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan prosses pembersihan sesebuah organisasi. Sebagaimana firman Allah swt :


فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِى أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً

Bermaksud, “maka demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.”( Surah an-Nisaa’ ayat 65.)


Nabi s.a.w. memerintahkan kepimpinan walau di dalam kumpulan yang sedikit jumlahnya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. 


عَنْ ‏أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏قَالَ‏إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم

Maksudnya, “ jika tiga orang keluar dalam satu perjalanan, maka hendaklah mereka memilih salah satu diantaranya sebagai pemimpin. (HR.Abu Daud).


AKHLAK DAN SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN

Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat di hati mereka adalah asas penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis dan semua unsur luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka islam telah menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan. 

Antaranya :

1.      Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan.

2.      Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.

3.      Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.

4.      Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.

5.      Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).

6.      Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.

7.      Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.

8.      Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

9.      Mempunyai sifat sabar yang tinggi

10.  Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).

11.  Warak dan zuhud

12.  Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.

13.  Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).

14.  Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.

15.  Keazaman, tawakal dan tidak ragu.

16.  Bersederhana di dalam segala perkara

17.  Menjauhi sikap putus asa

Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya, disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.


KENALI SIAPA PEMIMPIM MPMM 2013./14 YANG DIAMANAHKAN OLEH ALLAH S.W.T







Saidina Umar RA berkata: "Kita adalah kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam, maka sesiapa yang mencari selain daripada Islam, Allah akan memberi kehinaan kepadanya."

Mauqaqis Gabenor Mesir mengakui kehebatan kepimpinan Islam apabila melihat keperibadian tentera Amru bin Al Ash yang diutus kepadanya : " Demi Tuhan, kalau demikian sikap mereka, walaupun gunung menghalang cita-cita, namun mereka tetap dapat meruntuhkannya juga. Sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang sanggup berhadapan dengan kaum yang sedemikian."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pemimpin yang paling baik ialah mereka yang datang menemui para Ulama` dan Ulama` yang paling jahat ialah mereka yang datang menemui para Pemimpin (ulama`pengampu pimpinan)." (maksud hadis)

*** Kami Perwakilan Mahasiswa Medan Malaysia sentiasa mendoakan dan mendukung saudara Burhanuddin Rabbani agar terus tabah dalam meneruskan dakwah dan menjadi seorang bakal Da'ie yang berjaya membawa nama Islam dengan sebuah keberkatan..

0 comments:

Post a Comment