Assalamualaikum w.b.t..


Peranan Lajnah atau Biro dalam suatu organisasi memberi kesan yang besar terhadap perkembangan organisasi yang dibina. Kita mengetahui bahawa pembinaan lajnah dalam organisasi adalah untuk memudahkan gerak kerja organisasi dan membahagikan tugas dengan lebih berkesan. Allah menyatakan tentang kaedah dan perancangan perjuangan Islam melalui ayat al-Quran:



Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (al-saff,4).




Lajnah Dakwah memainkan peranan yang paling besar dalam membantu Mahasiswa dan pejuang-pejuang Islam supaya terus kehadapan dan sentiasa yakin berada dalam perjuangan. Lajnah Dakwah perlu bertindak melaksanakan agenda dakwah dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk memastikan Islam tersebar dikalangan Mahasiswa. Setiap agenda dan program yang diadakan mesti mempunyai halatuju dan matlamat dan mesti dinilai kembali kejayaan sesuatu program.  

Cabaran dakwah dan perjuangan juga sangat sengit. Perjuangannya memerlukan pengorbanan. Tidak cukup dengan hanya merasa selesa sekadar dapat berucap selama beberapa minit atau beberap ajam seminggu, kemudiannya mendabik dada bahawa 'aku sedang berjuangan dan berdakwah' sedangkan masih banyak gejala kejahilan umat bermaharajalela di luar sana. Sekiranya cukup sekadar itu sudah dapat dikira sebagai sebuah perjuangan maka apalah manisnya perjuangan itu? Apalah maknanya pula nilai suatu kemenangan?

Seorang pejuang merasai derita rakyat dan umat. Mengangkat manusia kepada rasa berTuhan dan yakin dengan segala janji Allah. Menggantikan kebobrokan manusia dengan kebajatan aqidah dan agama-agama kepada adilnya Islam, menunjukkan jalan keluasan Islam yang melangkaui alam duniawi dan ukhrawi. Inilah intipati seorang pejuang yang ikhlas dan jujur. Sebagaimana kata-kata Rib'e bin Amir kepada panglima tentera Paris apabila ditanya tentang kedatangan tentera Islam untuk menyerang Parsi, maka jawab Rib'ie dalam satu ungkapan yang rigkas, tetapi padat dengan makna dan hikmah yang memukau: "Kami diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari penyembahan sesama makhluk kepad apenyembahan kepada Allah yang Esa, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."
kata-kata Imam al-Banna dalam satu ucapannya bersama penyokongnya bahawa kewajipan yang kita ada lebih bayak dari masa yang kita punyai. Tatkala, dunia hari ini dibelenggu dengan kejahilan dalam pelbagai perkara, tak usahlah kita mendabik dada menghitung kerja-kerja kita yang tidak seberapa. Turunlah ke medan dakwah yang sebenar, mengangkat manusia dengan ilmu dan kefahaman pada agama dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Jadilah seperti Rasulullah yang juga sebagai penceramah, pendakwa dan pejuang.
 KETUA LAJNAH DAKWAH & KEPIMPINAN


Dai'e,
Bangkitlah andai kau tersungkur dalam perjuangan,
Jangan pernah engkau mengalah,
Kerna kau khalifah,
Tugasmu untuk memakmurkan bumi,
Tak takut dan tak getir pada sesiapa,
Kecuali kepada Allah Yang Maha Berkuasa.


Ayuh bangkit,
Semarakkan semangatmu,
Biar mati dalam perjuangan,
Menegakkan Islam agamamu,
Bukan bangsamu,
Jangan hidup dengan cara asabiyah,
Tegakkan yang benar,
Tentang yang salah.


Kau hamba Allah,
Dan kau juga dai'e,
Pabila bibir dan hatimu mencucap dan beritikad kalimah Lailahailallah Muhammad' Rasulullah,
Maka kau dai'e,
Wajib keatasmu untuk berdakwah.

0 comments:

Post a Comment