Monday 24 March 2014

BULETIN LAJNAH DAKWAH & KEPIMPINAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah buletin / Risalah yang telah siap sepenuhnya di bawah Lajnah Dakwah & Kepimpinan.Semoga apa yang hendak kami sampaikan,, moga mendatangkan kebaikkan untuk semua pihak.


"Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja, dan yang berat adalah menerima nasihat tersebut. Kerana setiap nasihat itu, dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya."... [ Imam Al-Ghazali ]

BULETIN PERTAMA
                                                            MEI 2013                                                                          


Buletin kali pertama yang di cetak oleh Lajnah Dakwah & Kepimipinan adalah menceritakan tentang Peristiwa Isra' Mikraj. Ini bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.

***************

BULETIN KALI KE -2


Kami Manusia yang jauh dari bumi Syria.. tiap hari,, tiap detik kita mendengar,,melihat di kaca media tentang detik cemas yang sentiasa dihadapi oleh saudara seIslam. Senjata yang kita ada untuk membantu hanya lah doa' ..

Kami Bersama Mu Wahai Saudara SeIslam..

walau jauh dimata namun dekat dihati,hasil tarbiyyah demi tarbiyyah kini kami merasakan yang hidup kerana Allah itu lebih indah,dan syahid itu impian tertinggi kami,,,Free SPM,(syria,palestine,mesir,).......

***********

BULETIN KALI KE-3


**********

BULETIN KALI KE -4



لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٍ آتَاهُ اللهُ مَـالاً فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ ،

وَرَجُلٍ آتَـاهُ اللهُ عِلْمًا فَهُوَ يَعْمَلُ بِهِ وَيُعَلِّمُهُ النَّـاسَ ( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

“Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain.”

*************

BULETIN KALI KE-5


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

**********

BULETIN KALI KE -6


Kenali Pemuda Bernama Ahmad Ammar

Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Subhanallah... berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda Allahyarham.....

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Selamat Tinggal Ahmad Ammar..
Pemergianmu dengan membawa tunggak Islam kepada Pemuda & Pemudi Islam pada zaman kini




0 comments:

Post a Comment