Thursday 30 May 2013

ASAS DAN OBJEKTIF

ASAS

MPMM IAIN SU berteraskan akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan berpegang dengan
prinsip-prinsip murni islam.

******

Objektif

Terbinanya ahli Mahasiswa Islam yang lebih berilmu, beramal dengan setiap apa yang
dipelajari dan berkhidmat untuk pengembangan ilmu, profesional dan pelaksanan syariah
dan dakwah Islam dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara, serta ikut

bertanggugjawab terhadap masyarakat yang adil, makmur dan diredhai oleh Allah S.W.T.

******

Sifat


MPMM IAIN SU bersifat independen

******

Fungsi


MPMM IAIN SU berfungsi sebagai sebuah organisasi akademik dan sosial kebajikan.


KUKUHKAN TARBIYYAH SEMARAKKAN ISLAH!




MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA MALAYSIA
INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SUMATERA UTARA

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM





Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan (PKMI-CM)
merupakan sebuah organisasi yang ditubhuhkan bagi menaungi sama ada dalam bidang
kebajikan, social dan akademik mahasiswa Malaysia yang melanjutkan pengajian di kota
Medan. Melalui organisasi ini juga, mahasiswa di kota Medan mencurahkan bakat serta
kretiviti masing-masing dalam pendidikan dan kepimpinan. Di bawah PKMI-CM
terdapat beberapa organisasi kecil yang ditubuhkan dibeberapa IPT bagi mendukung
objektif keberadaaan PKMI-CM itu sendiri. Antara organisasi tersebut ialah Majlis
Perwakilan Mahasiswa Malaysia Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara Medan
(MPMM IAIN-SU),Persatuan Mahasiswa Universiti Sumatera Utara (PM USU),

Persatuan Mahasiswa Universitas Negeri Medan (PM UNIMED).
Institut Agama Islam Negeri Medan (IAIN-SU, Medan) merupakan salah sebuah IPTA
(milik pemerintah) yang secara khususnya melahirkan intelektual dalam bidang
keislaman yang menjadi tumpuan mahasiswa Malaysia dalam menuntut ilmu keagamaan.
Mahasiswa Malaysia di IAIN-SU tersebar di beberapa fakulti iaitu Fakulti Syariah,
Fakulti Usuluddin dan Fakulti Dakwah, mahasiswa Malaysia yang berdaftar di IAIN-SU
dianggap berpotensi dalam melahirkan bakal intelektual Islam yang dapat memberikan manfaat bagi agama, bangsa dan negara.

Penubuhan organisasi kemahasiswaan ini adalah berdasarkan kepada pendidikan,
persahabatan dan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk meningkatkan
mutu pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan berteraskan
pada nilai-nilai Islam dan ideologi kebangsaan Malaysia (Rukun Negara).

MPMM IAIN-SU ditubuhkan untuk membantu mahasiswa yang menuntut di IAIN-SU
dalam urusan hal ehwal kebajikan mereka dan mengkoordinasi atau mengadakan aktivitiaktiviti kemasyarakatan, keilmuan, keagamaan dan juga mengetengahkan kebudayaan Islam. MPMM IAIN-SU juga tidak terkecuali untuk membimbing dan melatih
mahasiswa Malaysia agar lebih termotivasi untuk memnjadi mahasiswa cemerlang dan
terbilang baik dari segi aspek akademik mahupun kepimpinan. Ahli MPMM IAIN-SU
mempunyai hubungan rapat dengan pegawai dan staf dari Konsulat Jenderal Malaysia di
Medan dan juga biro rector Institut Agama Islam Sumatera Utara dalam melaksanakan
semua aktiviti-aktivitinya. Secara tidak langsung, tujuan-tujuan tersebut mampu
mengembangkan kebudayaan Islam Malaysia kepada warga Indonesia sekaligus
mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa.