Tuesday 25 June 2013

Event Pertama MPMM 2013/14

Kursus Pimpinan Organisasi (KPO)

Merupakan program pertama anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan bagi sesi 2013/14..

Program ini dianjurkan atas platform yang kursus bagi barisan kepimpinan bagi MPMM 2013/14 untuk menimba ilmu dalam usaha menerajui kepimpinan organisasi masing-masing disamping merapatkan jalinan silaturrahim sesama peserta dan pihak pengurusan.

Pengisian yang terdapat dalam kursus ini adalah :

* Merancang perlaksanaan kursus dengan sempurna dan berkesn serta profesional

* Bagi melahirkan kepimpinan mahasiswa islam yang berkualiti dan berinteletual.

* Membentuk jati diri mahasiswa melalui sesebuah organisasi

* Untuk mengeratkan ukhuwah di antara Majlis Perwakilan Malaysia dengan ahli

* Untuk melahirkan mahasiswa yang berlandaskan syariat Islam demi mencapai 
kejayaan dunia dan akhirat

Dengan ini, Kami barisan Pimpinan MPMM 2013/14 dengan Lafaz Bismillah, mengangkat "Sumpah"

Bismillahi Wabillahi WataAllahi
  
Saya berjanji akan mentaati perintah Allah dan Rasul. Melaksanakan segala perintah dan meniggalkan segala laranganya. Saya berjanji akan berusaha melaksanakan syariat Islam dalam segenap aspek hidup saya keluarga, masyarakat dan negara. Saya akan memberi ketaatan dan kesetian untuk memperjuangkan syariat Islam  berdasarkan kefahaman saya tanpa unsur paksaan serta  berusaha untuk melaksanakan semua tangungjawab yang diberikan dengan sedaya upaya saya . Saya juga berjanji akan taat kepada Pimpinan MPMM selagi tidak bercanggah dngan syariat Islam .
 
 
Allahuakbar!!3x

Semoga KPO ini memberikan sebanyak mungkin ilmu, pengalaman, pendedahan kepada nilai-nilai kepimpinan kepada para peserta untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin. Semoga barisan kepimpinan mahasiswa IAIN mengikuti KPO ini dapat memperkasakan kepimpinan mereka bagi mencapai misi dan visi universiti lantas membawa bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Akhir kalam,, "Kukuhkan Tarbiyyah Semarakkan Islah"

D/p : Lajnah Penerangan & Perhubungan MPMM 2013/14



0 comments:

Post a Comment